Thursday, November 8, 2012 at 5:35 AM

Menulis Dari Hati

Wednesday, March 28, 2012 at 6:58 AM
Bukan senang untuk menulis. Jika ingin sampai ke hati, perlu menulis dari hati. Dalam banyak-banyak hati, hati yang bagaimanakah dapat meyentuh hati yang lain? Tepuk dada, tanyalah diri sendiri. Kita sedar, hubungan dengan manusia akan terjaga andai hubungan kita dengan Allah juga terjaga. Allah akan menurunkan kasih sayangNya melalui pandangan mata manusia kerana matalah tempat pertama hubungan terbina.Bak kata pepatah, dari mata pastinya akan jatuh ke.....? Alangkah bahagianya andai disenangi, dihormati mahupun dicintai manusia.

Jangan Berhenti Menulis

Saya secara peribadi amat menyintai bidang penulisan. Saya suka meneliti karya seni, memahami lenggok bahasa, gaya lontaran idea, teknik persembahan dan sebagainya. Dari seorang yang tidak pandai menulis, saya mula belajar dari mereka. Mengharap sebarang kritikan dari sahabat-sahabat agar tangan ini mampu menulis dengan pelbagai gaya dan emosi, bukan hanya bersikap statik. Walau di mana pun tahap kita, jangan berhenti menulis. Kerana mata pena itu lebih tajam dari mata pedang. Samada ia melukakan atau mendamaikan.

Ayuh, kita berkongsi rasa sambil mencari redha Ilahi, mengamalkan sunnah Nabi dan menyebarkan ukhuwwah sejati. Biar kita semua tahu haruman firdausi yang menanti itu, bak kasturi yang mewangi. Sebarang sumbagan idea dan cadangan, boleh dipanjangkan ke johnalfarouq@gmail.com.

.::Menulis Dari Hati::.


Sedikit perkongsian dari Dr Maza. Ketahuilah bahawa Allah Menyayangi hamba-hambanya.